RSS

Selasa, September 11, 2012

RPH WAJ3105

RANCANGAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU TAHUN 6


Matapelajaran     :  Bahasa Melayu
Tahun                :  6 Bestari
Tarikh                :  16 Ogos 2012
Masa                 :  60 minit
Bilangan murid   :  30 orang
Tajuk                :  Sesaknya Nafasku
Fokus utama      :  5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang
                                 betul dan memahami petikan yang dibaca.
Aras                  :  Aras 2
                            (i)  membaca pelbagai jenis ayat dengan memberikan penekanan pada
                                 intonasi berdasarkan tanda baca.
Fokus sampingan:  8.2 membina dan menulis ayat tuggal dan ayat majmuk dalam
                                 sesuatu penulisan teks tentang sesuatu tajuk.
Aras                  :  Aras 3
                            (i)  menggunakan pelbagai jenis dan ragam ayat untuk membina teks
                            berkaitan sesuatu tajuk.


Objektif             :  Pada akhir pelajaran, murid dapat :
                            a.  membaca dengan intonasi yang betul dan       menyenaraikan sekurang-
                                 kurangnya  3 isi utama berkaitan petikan yang diberi.
                            b.  membina ayat perintah dengan betul strutkur ayatnya berdasarkan
                                 maklumat yang diperoleh.
Kemahiran bahasa: Bacaan / Tulisan
Sistem Bahasa    :  Sistem ejaan, tanda baca, ayat perintah


Kemahiran Bernilai Tambah (KBT) :
TKP-verbal linguistik, kontekstual, BCB- bacaan mekanis, memproses maklumat,
KP- interpersonal





Langkah/Masa
Isi Kandungan
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Catatan
Set Induksi
5 minit
Tayangan video
Lagu “Atuk Oh Atuk”
Jenis-jenis pencemaran yang ditayang : pencemaran udara, air, darat dan bau.
a. Guru menayangkan tayangan video berkaitan pelbagai jenis pencemaran.
b. Murid menyenaraikan semua jenis pencemaran yang ditonton
.
 TKP :
- verbal linguistik
- Kontekstual – menghubungkait tayangan video dengan pengalaman sedia ada murid
Langkah 1
(10 minit)
Dialog
 Sesaknya Nafasku

Perkataan sukar:
a. sesak
b. karbon
c. ozon
d. suhu

Bacaan secara kelas, kumpulan dan individu.
a. Guru meminta semua murid membaca senyap dan memahami.
b. Murid menyenaraikan perkataan sukar dan merujuk kamus untuk mengesan maksudnya.
c. Guru menerangkan tanda-tanda baca yang terdapat dalam petikan yang membezakan intonasi ayat.
d. Murid membaca dialog mengikut watak yang ditentukan  dengan kuat sambil dibimbing oleh guru menggunakan intonasi dan nada yang sesuai.
e. Murid berdialog secara berberpasangan sambil dibimbing oleh rakan dan guru.
Dialog
BCB :
-Bacaan mekanis
-Membaca dengan intonasi

KP- interpersonal

BBM : Kamus, dialog
Langkah 2
(20 minit)
Bersoal jawab tentang petikan.
Aktiviti kumpulan:
menyenaraikan isi penting.
a. Guru mengajukan soalan dan murid dikehendaki menjawab berdasarkan dialog.
b. Bersoal jawab antara murid berdasarkan dialog.
c. Murid dikehendaki berada dalam kumpulan dan mencatat maklumat yang diperoleh berkaitan faktor-faktor pencemaran udara yang akan dipaparkan menggunakan internet.
d. Murid melaporkan isi-isi penting iaitu faktor-faktor pencemaran udara.
Tayangan Slaid power point
BCB :
Memproses dan melaporkan maklumat
KP :
Verbal linguistik, interpersonal

Langkah 3
(20 minit)
Latihan membina ayat tunggal dan majmuk

Latihan menggabungkan ayat dan membentuk perenggan pendek.

Aktiviti pemulihan – melengkapkan ayat dengan perkataan yang sesuai.
a. Guru mengarahkan murid berbincang dan membentuk ayat tunggal dan majmuk berdasarkan isi-isi penting yang dikumpul.
b. Murid menulis ayat dan menggabungkan ayat-ayat tersebut membentuk perenggan.


c. Guru membimbing murid lemah (pemulihan) melengkapkan ayat dengan perkataan yang sesuai.
Tatabahasa :
Ayat tunggal
Ayat majmuk

KP : interpersonal
Penutup
(5 minit)
Pertandingan membaca karangan dengan intonasi dan nada yang baik.


a. Guru mengarahkan wakil setiap kumpulan membaca semula karangan pendek yang dibincang dengan nada dan intonasi yang sesuai.
b. Wakil setiap kumpulan melaporkan hasil perbincangan dengan membaca semula karangan yang dibina dengan nada dan intonasi yang sesuai.
c.Murid merumus isi pelajaran dan menyatakan nilai murni yang terkandung dalam pelajaran hari ini.
Nilai :
Tanggungjawab
Bersyukur
Kebersihan





                 

SLAID TAPAK PEMBELAJARAN

Ayat Perintah (Sila download untuk mendapatkan slaid MS Power Point yang lengkap.

NOTA TANDA BACA

NOTA TAMBAHAN TANDA BACAAN