Matapelajaran : Bahasa Melayu
Tahun : 6 Bestari
Tarikh : 16 Ogos 2012
Masa : 60 minit
Bilangan murid : 30 orang
Tajuk : Sesaknya Nafasku
Fokus utama : 5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang
betul dan memahami petikan yang dibaca.
Aras : Aras 2
(i) membaca pelbagai jenis ayat dengan memberikan penekanan pada
intonasi berdasarkan tanda baca.
Fokus sampingan: 8.2 membina dan menulis ayat tuggal dan ayat majmuk dalam
sesuatu penulisan teks tentang sesuatu tajuk.
Aras : Aras 3
(i) menggunakan pelbagai jenis dan ragam ayat untuk membina teks
berkaitan sesuatu tajuk.
Objektif : Pada akhir pelajaran, murid dapat :
a. membaca dengan intonasi yang betul dan menyenaraikan sekurang-
kurangnya 3 isi utama berkaitan petikan yang diberi.
b. membina ayat perintah dengan betul strutkur ayatnya berdasarkan
maklumat yang diperoleh.
Kemahiran bahasa: Bacaan / Tulisan
Sistem Bahasa : Sistem ejaan, tanda baca, ayat perintah
Kemahiran Bernilai Tambah (KBT) :
TKP-verbal linguistik, kontekstual, BCB- bacaan mekanis, memproses maklumat,
KP- interpersonal
Langkah/Masa | Isi Kandungan | Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran | Catatan |
Set Induksi 5 minit | Tayangan video Lagu “Atuk Oh Atuk” Jenis-jenis pencemaran yang ditayang : pencemaran udara, air, darat dan bau. | a. Guru menayangkan tayangan video berkaitan pelbagai jenis pencemaran. b. Murid menyenaraikan semua jenis pencemaran yang ditonton . | TKP : - verbal linguistik - Kontekstual – menghubungkait tayangan video dengan pengalaman sedia ada murid |
Langkah 1 (10 minit) | Dialog Sesaknya Nafasku Perkataan sukar: a. sesak b. karbon c. ozon d. suhu Bacaan secara kelas, kumpulan dan individu. | a. Guru meminta semua murid membaca senyap dan memahami. b. Murid menyenaraikan perkataan sukar dan merujuk kamus untuk mengesan maksudnya. c. Guru menerangkan tanda-tanda baca yang terdapat dalam petikan yang membezakan intonasi ayat. d. Murid membaca dialog mengikut watak yang ditentukan dengan kuat sambil dibimbing oleh guru menggunakan intonasi dan nada yang sesuai. e. Murid berdialog secara berberpasangan sambil dibimbing oleh rakan dan guru. | Dialog BCB : -Bacaan mekanis -Membaca dengan intonasi KP- interpersonal BBM : Kamus, dialog |
Langkah 2 (20 minit) | Bersoal jawab tentang petikan. Aktiviti kumpulan: menyenaraikan isi penting. | a. Guru mengajukan soalan dan murid dikehendaki menjawab berdasarkan dialog. b. Bersoal jawab antara murid berdasarkan dialog. c. Murid dikehendaki berada dalam kumpulan dan mencatat maklumat yang diperoleh berkaitan faktor-faktor pencemaran udara yang akan dipaparkan menggunakan internet. d. Murid melaporkan isi-isi penting iaitu faktor-faktor pencemaran udara. | Tayangan Slaid power point BCB : Memproses dan melaporkan maklumat KP : Verbal linguistik, interpersonal |
Langkah 3 (20 minit) | Latihan membina ayat tunggal dan majmuk Latihan menggabungkan ayat dan membentuk perenggan pendek. Aktiviti pemulihan – melengkapkan ayat dengan perkataan yang sesuai. | a. Guru mengarahkan murid berbincang dan membentuk ayat tunggal dan majmuk berdasarkan isi-isi penting yang dikumpul. b. Murid menulis ayat dan menggabungkan ayat-ayat tersebut membentuk perenggan. c. Guru membimbing murid lemah (pemulihan) melengkapkan ayat dengan perkataan yang sesuai. | Tatabahasa : Ayat tunggal Ayat majmuk KP : interpersonal |
Penutup (5 minit) | Pertandingan membaca karangan dengan intonasi dan nada yang baik. | a. Guru mengarahkan wakil setiap kumpulan membaca semula karangan pendek yang dibincang dengan nada dan intonasi yang sesuai. b. Wakil setiap kumpulan melaporkan hasil perbincangan dengan membaca semula karangan yang dibina dengan nada dan intonasi yang sesuai. c.Murid merumus isi pelajaran dan menyatakan nilai murni yang terkandung dalam pelajaran hari ini. | Nilai : Tanggungjawab Bersyukur Kebersihan |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.