RSS

Rabu, November 25, 2009

USIK-USIK

SELAMAT DATANG KE SUDUT USIK-USIK


















Kisah Si Pelupa
Seorang nenek yang tinggal disebuah rumah dua tingkat sedang asyik mengemas bilik di tingkat atas. ketika itu dia teringat untuk mengambil pengaut sampah di tingkat bawah untuk digunakan bagi menyiapkan tugas mengemas yang sedang dilakukan. Lalu si nenek pun menuju ketangga untuk turun ke tingkat bawah. ketika menuruni tangga seekor kucing melintas dengan cepat sehingga si nenek terperanjat.

Selepas itu si nenek terpinga pinga dan menggaru kepala kerana telah terlupa apakah barangan yang hendak diambil di tingkat bawah tadi. Setelah berfikir beberapa ketika, namun tidak ingat juga apa yang hendak diambil, maka si nenek pun mengambil keputusan untuk duduk sebentar di tengah anak tangga sambil cuba untuk mengingati barangan tadi. www.familiazam.com
Setelah kira-kira 15 minit berlalu, si nenek gagal untuk mengingatinya, maka si nenek pun mengambil keputusan untuk meneruskan aktivitinya. Lalu si nenek pun berdiri. Ketika itu si nenek terfikir pula, Eh, tadi aku nak naik ke nak turun?. Sekali lagi si nenek terlupa.......

Kotak Hitam
Seorang budak ghairah bertanya datuknya kenapa kotak hitam menjadi barang utama dicari setiap kali kapal terbang terhempas.
Datuknya berkata: "Kotak hitam itu adalah peti yang diperbuat daripada besi kebal supaya ia tidak berkecai sekalipun kapal terbang terhempas. Dalam kotak hitam itu ada pita rakaman suara juruterbang dan perakam data penerbangan."
"Jadi kita boleh tahu apa sebenarnya berlaku kepada kapalterbang sebelum ia jatuh terhempas atau meletup," tegas datuk dengan bersahaja dan percaya cucunya faham.
Namun cucunya berkata: "Saya hairan tuk, kalau orang boleh cipta besi kotak hitam yang tak musnah atau berkecai, kenapa orang tak buat saja kapal terbang dari besi kotak hitam itu. Tentu ramai orang terselamat kerana kapal terbang tak berkecai bila jatuh terhempas."
Kali ini datuk tergaru-garu kepala mencari idea untuk menjawab soalan cucunya.



KAMBING HITAM DAN KAMBING PUTIH
Seorang gembala sedang menggembalakan biri-birinya yang berbulu hitam dan berbulu putih. Dia kemudian didatangi seorang pemuda lalu bertanya:
Pemuda : "Baguskah ternakan biri-biri engkau. Boleh tak
saya tanya beberapa soalan?" www.familiazam.com
Gembala : "Oh, boleh saja"
Pemuda : "Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?"
Gembala : "Yang mana, yang putih atau yang hitam?"
Pemuda : "Yang putih" www.familiazam.com
Gembala :"Ah, yang putih berjalan lebih kurang enam kilometer setiap hari"
Pemuda : "Dan yang hitam?"
Gembala : "Yang hitam pun sama."
Pemuda : "Dan berapa banyak rumput mereka makan setiap hari?"
Gembala : "Yang mana, yang putih atau yang hitam?"
Pemuda : "Yang putih.
Gembala : "Ah, yang putih makan lebih kurang empat kilo rumput setiap hari."
Pemuda : "Dan yang hitam?"
Gembala : "Yang hitam pun sama."
Pemuda : "Dan berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?"
Gembala : "Yang mana, yang putih atau yang hitam?"
Pemuda : "Yang putih."
Gembala : "Aaa...menurut perkiraan saya, yang putih menghasilkan sekitar enam kilo bulu setiap tahun kalau mereka dicukur."
Pemuda : "Dan yang hitam?"
Gembala : "Yang hitam pun sama."
Pemuda : (Dengan perasaan geram ) "Kenapa engkau membezakan biri-biri engkau yang putih dengan yang hitam setiap kali nak jawab soalan saya, padahal jawapan semuanya sama saja"
Gembala :"Mestilah saya beza-bezakan sebab biri-biri yang putih itu adalah milik saya."
Pemuda : "Ooo, begitu, fahamlah saya,kalau yang hitam tu pulak siapa punya?"
Gembala : "Yang hitam pun sama, saya punya juga"
Pemuda : (benggang, geleng kepala dan berlalu)

Perut Buncit

"Tak baik hisap jari, nanti perut buncit", itulah kata-kata si ibu setiap kali anak kecilnya Amin menghisap jari. Tujuannya hanya untuk menakut-nakutkan anaknya daripada terus- terusan berbuat begitu. Alhamdulillah, kata-kata si ibu dapat menakutkan anaknya. Amin tidak lagi menghisap menghisap jari." Nanti perut Amin buncit..." katanya apabila ditanya tentang tabiat itu.

Suatu hari si ibu dikunjungi rakannya. Kebetulan tamu itu sarat mengandung. Si Amin tiba-tiba menjerit sebaik keluar dari bilik. "Haaaa! Amin tahu pasal apa perut makcik tu buncit" katanya sambil terus berlalu. Ibu Amin dan rakannya hanya berpandang-pandangan..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.